
Sulit
3 tahun
Excited untuk hamil anak pertama
saya wanita berusia 20an… sy bernikah 24/05/2021… sbelum bernikah, sya baru hbis period 18/05/2021… then pada 11/06/2021 sy period lagi… tpi sekarang, sy kerap muntah dan rasa mual… sy juga kerap terasa mengidam… ada ka itu tanda tanda hamil? saya terlalu excited sehinggakan saya membeli pregnancy test. tetapi masi negatif…

3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Kami memahami bahawa anda ingin mengetahui jika anda hamil ataupun tidak kerana mengalami gejala-gejala seperti mual, muntah dan mengidam. Kami akan cuba untuk membantu anda dalam perkara ini.
Secara amnya, kedatangan haid kebiasaannya adalah petanda tidak hamil. Malah gejala kehamilan seperti muntah dan mual boleh berlaku pada diantara minggu ke-4 hingga ke-9 kehamilan. Gejala mengidam sewaktu kehamilan boleh berlaku seawal minggu kelima kehamilan.
Namun, gejala-gejala sahaja tidak boleh memberikan kesimpulan pada kehamilan. Ujian kehamilan adalah antara ujian yang efektif untuk mengetahui keputusan.
Anda juga boleh bercakap dengan doktor secara atas talian untuk mendapatkan kepastian atau mendapatkan maklumat lebih lanjut
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.