
Sulit
3 tahun
Exidnt kaki sebelah kanan bengkak
saya haslinda umur 44 tahun,smlm saya exidnt kena exos moto di bahagian betis sebelah kanan saya sudh pergi klinik untk cuci tpi di sekeliling kaki bengkak ada dokto dri klinik kesihatan memberithu suruh tuam dgn ais batu btl ke saya ingin kepastian cara merawat dgn berkesan

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Selamat petang. Terima kasih untuk soalan anda
Penggunaan ais dan letakkan pada bahagian yang bengkak adalah sesuai dengan keadaan anda. Suhu ais yang sejuk akan menyebabkan saluran darah mengecut. Ini mengurangkan lagi pergerakkan darah kepada anggota badan yang cedera itu. Maka, bengkak yang terhasil tidak terlalu teruk dan akan surut.
Akan tetapi, jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Dapatkan penerangan lebih lanjut dan nasihat atau rawatan yang diperlukan di (DoctorOnCall). Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.