
Sulit
4 tahun
Eye, finger and feet twitching
saya wanita berusia 22 tahun. saya tertanya-tanya berkenaan twitching. tahun ini, saya kerap kali mengalami gejala twitching. selalunya di bahagian mata dan ibu jari. tapi baru-baru ni di tapak kaki pula (jari bergerak dan bahagian kiri kaki berdenyut). twitching tak sakit cuma tak selesa kerana mengganggu sebab bergerak dengan sendiri dan tidak dapat dikawal. mengapa gejala terjadi? apa sebabnya? adakah gejala ini ada rawatan atau solusi untuk mengurangkannya?

4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Untuk makluman anda, terdapat pelbagai punca “muscle twitching” dan kebanyakannya adalah normal. Antaranya:
- Keletihan
- Selepas senaman atau aktiviti sukan
- Anxiety
- Mengambil kafein yang banyak
- Kekurangan nutrisi seperti kalsium, Vit B and Vit D
- Dehidrasi
- Kesan ubat-ubatan
Tingkatkan ketahanan sistem imun tubuh dengan mengambil makanan seimbang dan berkhasiat.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan secara percuma. Terima kasih.