
Sulit
3 tahun
Eye ointment polytet
Hi doc. Sy nak tanya berkenaan eye ointment Polytet. Sebelum ini saya ada masalah sakit mata & telah pun berjumpa dengan doktor pakar mata. Doctor pakar tersebut telah menyarankan saya menggunakan eye ointment polytet. Mata pun pulih seperti biasa. Tetapi baru harini saya sedar yang eye ointment tersebut banyak digunakan bagi merawat haiwan. Adakan eye ointment betul-betul selamat digunakan manusia atau hanya sesuai untuk haiwan sahaja?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam Sejahtera,
Terima kasih kerana menghubungi kami mengenai masalah anda.
Kami memerlukan maklumat tambahan mengenai ointment yang digunakan oleh anda untuk memberikan anda kepastian.
Secara amnya, Eye Ointment Polytet adalah jenama yang biasanya digunakan untuk haiwan. Tetapi kandungan ubat dalam ointment tersebut adalah selamat digunakan oleh manusia. Oleh itu, sekiranya anda tidak mengalami sebarang simptom atau kesan sampingan dengan penggunaan ointment tersebut, anda tidak perlu risau.
Anda boleh menghubungi pakar mata kami secara atas talian sekiranya anda mempunyai pertanyaan lanjut.
Terima kasih, kami berharap jawapan kami dapat membantu anda.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Hubungi pakar mata untuk mendapatkan nasihat mengenai masalah anda.