
Sulit
3 tahun
Faktor Kemahilan wanita
Saya telah berkahwin. Tapi merancang kehamilan.saya telah memasukkan alat sulit saya didalam alat sulit isteri menggunakan kondom tapi saya melakukan pada hari ke 5 period sebab darah sudah tiada. Sebelum melakukan darah sudah kering. Tapi selepas bersama darah period kembali keluar. bolehkah dia hamil dan bagaimana cara untuk mengelakkan hamil selepas daripada 6 hari setelah melakukan seks? Harap jawapan doktor membantu… adakah isteri saya hamil. Adakah petanda senak perut dan air kencing berwarna kuning terang antara tanda-tanda mengandung.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi. Untuk makluman anda, kehamilan berlaku apabila sperma lelaki memasuki ke dalam sistem peranakan wanita dan menemui sel telur wanita di tiub falopian. Sekiranya isteri anda period, ia bermaksud isteri anda tidak hamil. Kehamilan akan mengubah tahap hormon anda supaya tidak datang haid.
Pastikan persoalan anda terjawab. Doktor pakar ibu dan anak (obstetrician) dapat membantu anda .
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Jika anda mempunyai keraguan, kami nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan yang lebih tepat. Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih