Sulit
5 tahun
Family plaining dr depo ke iucd masih gagal
Hi doc sy wanita berumur 32yrs , & baru bersalin 4bln lps mlalui kaedah emergncy czer, sy mgambil depo utk bulan prtama slps berpantang tpi sy tidak ssuai dgn hormon (period bpnjgan) & brmkna utk implan pon sttly xssuai.
Jd doc tuka kpd kaedah iucd (masih xbrjaya) ggal msuk kn pd spots krna kedudukan rahim sy tinggi (agk ssh dicapai) jdi sy disaranakan utk mkn pill perancang noriday tpi sty xpasti bagai mana nk , detect hari subur ? Sbb sy agak risau , jika… sy termengandung lgi, agak ssh utk mdpt kerjasama dr suami alasan tak sempat & tak sengaja .
Sy period terlalu lama smpi mgalami melecet.
Sy risau pendarahan yg sedia ade sblm ni terjadi akibat dr iucd bkn nya dtg haid …
Boleh ke noriday pill ni , bantu utk fmly planing 100% …
Saya berasa agak gusar 

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Hai! Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi berikutan maklumat terhad yang anda berikan. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Kekalkan kebahagiaan rumah tangga anda dengan mendapatkan perancangan keluarga yang terbaik
Untuk makluman anda, pil perancangan kehamilan ini perlu diambil selagi mana anda mahu menjarakkan kehamilan anda. Cara-cara pengambilan pil ini adalah seperti berikut:
- Pil perlu diambil setiap hari secara berterusan , termasuk semasa anda datangi haid. (Ini tidak seperti pil gabungan, yang biasanya diambil setiap hari selama tiga minggu, diikuti dengan minggu bebas pil) .
- Pil perlu ditelan dengan minuman. Mereka boleh diambil sama ada dengan atau tanpa makanan.
- Pil mesti diambil secara berterusan, pada masa yang sama setiap hari , bagi keberkesanan maksimum untuk mencegah kehamilan.
- Sekiranya anda lewat ambil pil ini lebih tiga jam , anda tidak akan dilindungi daripada kehamilan. Sekiranya ini berlaku, anda harus menggunakan kaedah penghalang tambahan kontrasepsi, misalnya kondom, untuk dua hari akan datang, sambil terus mengambil pil seperti biasa.
Jika anda mempunyai keraguan, kami nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan yang lebih tepat. Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi. Terima kasih




































