
Sulit
5 tahun
Faraj berbau hanyir dan busuk
Saya wanita berumur 23 tahun . Setahun usia perkahwinan saya dan suami . Dalam masa sebulan ni saya ada masalah miss v berbau hanyir . Period tiada masalah and masih dalam kitaran yg betul . Miss v tiada masalah gatal , merah2 atau kering dan tiada kesakitan semasa melakukan hubungan . Semuanya normal sahaja cuma bau yg kuat dan tidak menyenangkan ini menganggu teramat sangat . 2 minggu lepas saya ada pergi klinik dan doctor bagi antibiotic tetapi tiada sebarang kesan menunjukkan perubahan yg positif . Tolong saya

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- jangkitan kuman seperti seperti: bacterial vaginosis dan trichomoniasis
- Keasidan yang terlalu tinggi (bau seperti kemasaman)
- Hygiene yang kurang baik
- Pakaian dalam yang tebal ataupun kurang pengudaraan yang baik
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih