
hamamahfatin09
5 tahun
Faraj berbau ikan masin
saya fatin berumur 28 tahun…saya di sini ada masalah faraj berbau…ada keluar air dr faraj yg tidak sedap di bau…bila bersama suami…bila ragsang je keluar air tu…dh berbua tidak sedap…ketika tidak bersama pun akn keluar air tu…dia macam wrna hijau2…saya dh try banyak jamu…tp keputusan masih sama…bila bersama suami rasa tidak seronok kerana bau itu…masalh ini datang dalam 3-4 bulan…apa yang perlu saya buat…atau perlu berjumpa docter pakar sakit puan…utuk tanya hal ini…sekian terima kasih…

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Bacterial vaginosis berlaku akibat ketidak seimbangan bakteria faraj
- Jangkitan kandidaisis yang disebabkan oleh bakteria lactobascillus
- Chlamydia yang disebabkan oleh bakteria chlamydia trochomatis
- Gonorea oleh Nisseria Gonorrhoea
- Trichomoniasis disebabkan oleh bakteria trichomonas vaginalis
- HPV yang disebabkan oleh virus Human Papiloma Virus (HPV)
- Herpes yang disebabkan virus Herpes Simplex
Disebabkan faraj anda mengeluarkan cecair berwarna hijau jadi saya menyarankan anda untuk segera berjumpa dengan doktor kerana dikhuatiri perkara ini akan membawa komplikasi.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan secara percuma. Terima kasih.