
Sulit
5 tahun
Faraj berbau selepas bersalin
Saya tidak pernah mengalami faraj berbau serta masalah keputihan . Tetapi selepas bersalin, saya mempunyai jahitan yang banyak. Jahitan tidak bernanah atau terbuka. Tapi faraj saya seringkali basah dan berbau busuk. Darah juga sudah tidak keluar (merah terang tidak gelap atau coklat) . Atas nasihat misi, saya tidak dibenarkan menggunakan pencuci faraj selagi benang tidak hilang. Bagaimana saya harus mengatasi masalah ini? Ada yang menyarankan jamu untuk masalah faraj berair dan berbau. Tetapi saya menyusu badan, risau jika mengganggu penghadaman bayi pula.

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Oleh kerana jamu tidak mempunyai kajian saintifik yang cukup konkrit, pakar perubatan tidak menggalakkan penggunaan jamu untuk sebarang masalah kesihatan termasuklah bagi wanita yang baru melahirkan anak. Untuk mengatasi masalah anda, pastikan anda:
- menukar pakaian dalam setiap hari
- memastikan kawasan sulit sentiasa kering selepas mandi
- tidak menggunakan bahan pencuci kawasan sulit
- sentiasa membasuh kawasan sulit dengan air secara berhati- hati.
Namun begitu, segera dapatkan perhatian perubatan jika mengalami simptom:
- Demam panas
- Sakit perut yang serius
- Cecair yang keluar dari faraj berbau busuk dan tidak normal
- Cecair faraj keluar dalam kuantiti yang banyak dan tebal atau berketul- ketul
- Cecair faraj yang berwarna merah, kekuningan atau kehijauan
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.