
Sulit
5 tahun
Faraj gatal, pedih& bengkak
saya 26 tahun mempunyai anak seorang berusia 4 tahun…
sy mngalami keputihan yg berbau semenjak sebulan ni… tp pd hari ni faraj gatal & sy garu… td masa bsuh sy rasa pedih dan gelembung pada bibir faraj sebelah kiri…

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berkaitan dengan masalah cik, mungkin ia disebabkan oleh jangkitan pada vagina. Ini disebabkan oleh pelbagai sebab. Antaranya ialah ;
- Jangkitan kandida (sejenis kulat)
- Bacterial vaginosis
- Chlamydia trachomatis
- Gonorrhea
- Trichomonas vaginalis
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan secara percuma. Terima kasih.