amyyusnita4
6 tahun
Faraj tumbuh biji2 dan sangat pedih
Saya umur 26 saya mengalami biji2 di bahagian faraj dan sangat pedih bila kena air… Seperti jangkitan kuman mcm mne harus saya buat dan ubat ape yg sesuai
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, biji-biji yang terdapat pada bahagian kemaluan anda boleh disebabkan:
- Jangkitan herpes henital
- Jangkitan virus HPV
- Jerawat
- Jangkitan kulat
- Kista (cyst) pada kemaluan
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) ataupun di link (DoctorOnCallEPharma) ini untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.



































