
Sulit
4 tahun
Fasa penerimaan vaksin
Salam sejahtera dokter,
- Bagaimana sy nak tahu saya berada di fasa penerimaan vaksin yang mana, dan adakah cara untuk mempercepatkannya?
- Saya tinggal bersama orang tua, sekiranya mereka mendapat vaksin terlebih dahulu, apakah saya akan terkesan secara negatif atau malah keberhasilan vaksin mereka pula yang menurun?
Harap dokter dapat memberi penjelasan.

3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami.
Ingin mengetahui status kesihatan anda? Internal Medicine Specialist kami sedia membantu.
Setakat hari ini, setiap permohonan penerimaan vaksin COVID19 perlu melalui pendaftaran di aplikasi My Sejahtera terlebih dahulu, kecuali bagi mereka yang tergolong dari kalangan petugas barisan hadapan atau Frontliners.
Menurut informasi terkini terdapat tiga fasa pengagihan vaksin COVID19. Difahamkan tidak ada cara lain, melainkan anda menunggu temujanji yang akan ditetapkan oleh pihak JKJAV atau KKM. Tiga fasa tersebut adalah:
- Fasa 1: Golongan petugas barisan hadapan (frontliners)
- Fasa 2: Golongan warga emas, kurang upaya dan yang mempunyai faktor komorbid (i.e. penyakit darah tinggi, jantung, obesiti, kencing manis dan penyakit kronik lain-lain)
- Fasa 3: Golongan dewasa berumur 18 tahun ke atas
Justeru bagi mengetahui anda tergolong di fasa ke berapa, anda boleh melaksanakan pemeriksaan kesihatan di mana-mana klinik yang berdekatan, agar faktor risiko anda boleh dipertimbngkan oleh doktor & pihak perubatan. Lazimnya individu dewasa yang sihat dan tidak mempunyai faktor komorbid akan berada pada golongan fasa ketiga penerima vaksin COVID19.
Menurut pakar, tidak ada kesan negatif terhadap penduduk isi rumah yang akan menerima sesi pelalian vaksin yang berbeza. Umumnya, mekanisme vaksin juga akan tetap berjalan dengan lancar namun SOP pandemik tetap perlu dipatuhi sehingga imuniti kelompok dapat dicapai.
Walau bagaimanapun, untuk maklumat lanjut, adalah lebih baik anda mendapatkan informasi selanjutnya dari doktor atau doktor pakar di klinik atau hospital yang berdekatan. Anda juga boleh menghubungi Pusat Kesiapsiagaan dan Respons Krisis (CPRC) berkenaan pendaftaran vaksin COVID19. Selain daripada itu, teruskan rutin kerap melakukan kebersihan tangan dengan baik, amalkan penjarakan sosial/fizikal, memakai pelitup muka di luar rumah dan patuhi SOP pandemik yang lain. Sama-sama kita memutuskan rangkaian jangkitan COVID19.
Talian CPRC:
0388810200
+60178429454
cprc@m[oh.gov.my
Ingin meningkatkan imuniti tubuh? Suplemen merupakan pilihan yang tepat!
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini