Sulit

4 tahun

Fikiran Yang Berkecamuk Setiap Masa

Salam sejahtera. Saya merupakan pelajar kolej. Saya sering mengalami gejala delusi. Sepertinya apabila saya hendak tidur atau terlelap malah apabila ingin bangun dari tidur. Suara2 tersebut seakan kedengaran seperti trauma saya yang dahulu. Selain dari suara begitu, saya dengar suara mesra atau marah2 yang langsung saya tak kenal pemilik suara2 itu. Saya sering berasa ada serangga merayap di tubuh saya namun hakikat sebenarnya tiada serangga. Dan, saya sering berasa ada orang belakang saya, melihat saya. Setiap situasi saya, saya nampak bayangan buruk akan berlaku. Adakah bayangan buruk dan halusinasi sama? Kerana bayangan buruk itu sering tercipta dalam fikiran saya. Sebagai contoh, saya sedang guna laptop, dan saya nampak laptop meletop. Tapi, itu cuma terlintas di fikiran dan bukannya realiti. Maksudnya, saya nampak. Saya nampak situasi bayangan buruk semua tu dalam situasi bawah sedar. Sepertinya macam bayangan di fikiran yang memantulkan situasi di mata saya ke arah situasi saya berada. Namun sangat2 bertentangan dengan keadaan bakal berlaku. Saya keliru sama ada ini merupakan halusinasi atau sekadar bayangan buruk yang biasa? Pada masa sama, saya selalu nampak lembaga pelbagai rupa. Dan selalu dengar bunyi tapak kaki orang berjalan serta mengetuk pintu dan membuka gril rumah. Serta jika saya sedang mandi, saya kerap dengar suara orang memanggil saya dengan jeritan. Namun memang tiada sesiapa pun. Sekarang pula saya kerap sakit kepala yang tersangat. Saya sering tidak boleh tidur. Kadang2 tidak cukup tidur dan kadang2 terlebih tidur. Makan pula kadang2 banyak dan kadang2 tak makan langsung. Saya tak boleh bertindak balas dengan kasih sayang. Jika jadi begitu, saya akan mengamuk dan rimas serta marah2 tiba2. Dan apabila ada masalah menimpa saya, apabila buka televisyen dan melihat iklan2… Saya berasa seperti iklan itu menyiarkan tentang saya. Begitu juga apabila keluarga, kawan atau kenalan saya berbual dengan orang lain, namun saya merasa bahawa mereka berkata tidak elok tentang saya. Saya juga gelisah sepanjang masa. Setiap hari saya mengalami sakit perut. Saya cirit birit berdarah walaupun tidak didatangi haid. Akhir kata, saya sering mengalami gejala delusi, sakit perut, sakit kepala, sukar tidur atau terlebih tidur, makan banyak atau tidak makan langsung, marah2 tanpa sebab, berkata pelik2, sukar menumpu perhatian, tidak larat sepanjang masa, bayangan buruk atau halusinasi, berasa ada serangga merayap di tubuh, gelisah, mudah putus hubungan dll yang berkaitan. Boleh doktor tahu punca dan rawatan? Adakah saya menghidap masalah mental atau selain dari itu???

Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.

Kami turut bersimpati dan mengambil serius dengan keadaan yang dialami oleh pihak anda. Namun jangan khuatir kerana anda tidak bersendirian dalam hal ini. Untuk makluman anda. gejala-gejala yang telah dijelaskan tersebut sememangnya merupakan indikasi dari gejala gangguan psikiatri yang sangat memerlukan bantuan dari ahli keluarga dan tenaga pakar (perubatan).

Kondisi-kondisi dan gejala-gejala seperti itu perlu dinilai dengan lebih komprehensif oleh doktor psikiatri bagi menentukan antara yang berikut:

  • gangguan spektrum personaliti anti sosial yang berat
  • gejala depresi atau cemas disertai gangguan psikotik
  • gangguan tekanan selepas trauma (baca: post traumatic stress disorder)
  • gangguan mental organik
  • gangguan schizophrenia
  • atau gangguan yang lain

Buat masa ini, anda haruslah berbincang dengan ahli keluarga atau kawan terdekat sebagai sokongan emosi agar tidak terlalu terkesan dengan gejala-gejala yang sering dialami. Anda juga boleh berhubung dengan organisasi kesihatan mental untuk mendapatkan perkhidmatan kaunseling untuk anda, sekiranya tidak boleh melawat klinik psikiatri buat masa ini. Kami juga menasihatkan anda untuk tidak berasa rendah diri dan pendam perasaan runsing beliau, kerana ia hanya akan menambahterukkan lagi keadaan.

Tambahan lagi, anda perlu mengetahui bahawa, berikut merupakan salah satu sebab yang boleh mengakibatkan cirit birit berdarah (Hematochezia):

  • Buasir
  • Fisur dubur ( Anal fissure )
  • Polip usus (FAP)
  • Penyakit keradangan usus seperti ulser usus ( Ulcerative Collitis, Chrons DIsease, dll.)
  • Pendarahan pada usus separuh bawah (Lower GI bleeding)
  • Atau gangguan usus yang lain

Inginkan penjelasan lebih lanjut daripada pakar? Gastroenterologist kami sedia membantu.

Untuk sementara waktu, kami nasihatkan anda untuk:

  • cerita keadaan sebenar dengan ahli keluarga yang tercinta atau kawan rapat
  • jauhi dari faktor yang memicu stres / tekanan / kesedihan
  • jauhi aktiviti yang boleh memudharatkan kesihatan & keselamatan diri
  • mendapat rehat / tidur yang secukupnya
  • jauhi makan makanan yang pedas atau yang memperburkkan lagi cirit birit
  • minum air secukupnya untuk mengelakkan dehidrasi
  • percepatkan langkah untuk mendapat bantuan khusus dari tenaga kesihatan

Dapatkan rehat yang di perlukan dengan tidur yang berkualiti.

Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan secara percuma. Terima kasih.

AdobeStock_109053148

Tahukah anda sistem imun juga memainkan peranan dalam keberkesanan vaksin?

Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!

Forum Kesihatan

Terokai soalan berkaitan kesihatan.
Ejakulasi Pramatang (409) URTI (222) Mati Pucuk (763) Gonorea (146) Kulat di Faraj (293) Sakit Kepala (3143) Sifilis (247) Penyakit Kelamin (2391) Migrain (129) Chlamydia (27) Haid Tidak Teratur (5282) Pil Perancang Kecemasan (1258) Keputihan (1654) Demam (1404) Sesak Nafas (2099) Sakit Tekak (1403) Penuaan (16) Darah Tinggi (418) Keracunan Makanan (43) Badan Gemuk (87) Jerawat (414) Ketuat (150) Tonsil (210) Kurap (104) Kencing Manis (527) Pedih Ulu Hati (204) Herpes (207) Kandidiasis (16) Ekzema (30) Perancangan Keluarga (2550) Kehamilan (4990) HIV (859) Tiroid (420) Kolesterol Tinggi (145) Haid Lewat (4282) Haid Berlebihan (398) Sakit Badan (1493) Kurang Berat Badan (226) Haid Berpanjangan (1856) Kesihatan Am (4078) Insomnia (210) Hipotensi (49) Sinusitis (87) Buasir (523) HPV (93) Kutu (17) Haid Sakit (523) Strok (107) Hepatitis A (9) Hepatitis B (117) Hepatitis C (33) Penyakit Jantung (541) Psoriasis (39) Gallstone (9) Sakit Tumit (165) Cara Berhenti Merokok (104) ENT (2375) Kesihatan Seksual (5517) Sakit Dada (2572) Sakit Mata (880) Ujian Kehamilan (1396) Penyakit Kulit (3772) Najis Abnormal (664) Sakit Perut (3867) Sakit Lutut (402) Masalah Kencing (2283) Sakit Payudara (972) Kesihatan Kanak-Kanak (2437) Kesihatan Mental (2101) Gigi & Gusi (1162) Jangkitan Coronavirus (7011) Fibroid (64) Batuk (940) Sakit Telinga (220) Sakit Pinggang (562) Ubat-Ubatan (1652) Darah Nifas (68) Najis Berdarah (397) Keguguran (371) Selsema (152) Mual & Muntah (451) Kebas (614) Tidak Datang Haid (464) Asid Refluks (74) Gastrik (212) Sakit Belakang (494) Sakit Tulang (454) Sakit Otot (158) Pendarahan Coklat (390) Pendarahan Spotting (502) Lebam (20) Kesihatan Am Wanita (2082) Sakit Mulut (228) Derma Darah (52) Anemia (120) Sembelit (274) Kesihatan Rambut (264) Mulut Berbau (43) Dehidrasi (4) Tidur Berdengkur (23) Masalah Tidur (306) Cirit Birit (216) Masalah Peluh (210) Benjolan Di Kulit (882) Pitam (191) Ulser mulut (68) Selsema burung (8) Wabak bubonic (8) Pelindung muka (16) Kurang Selera Makan (132) Prosedur Perubatan (574) Makanan Tambahan (274) Pening Kepala (532) Trauma (32) Keputusan Siasatan (212) Penerangan Penyakit (525) Alahan (72) Masalah kesuburan (36) Bisul (160) Pencegahan Koronavirus (138) Kahak (248) Masalah Penglihatan (58) Asthma (38) Vitamin dan Nutrisi (231) Masalah Tangan Dan Kaki (1503) Sendawa (112) Masalah Buah Pinggang (150) Vaksin COVID-19 (1490) Ketinggian (56) Kesihatan Lelaki (742) Masalah saraf (56) Hematologi (36) Denyutan Nadi & Kesihatan Jantung (230) Hipoglisemia (2) Kesihatan Kulit (178) Hormon, Endokrin & Metabolisme Tubuh (12) Sakit Sendi (16) Apendiks (4) Penyakit Hati (8) Penerangan Vaksin (30) Resdung (4) Influenza (28) Ketumbuhan (14) Kecederaan (20) Kanser (48) Sakit Leher (116) Darah (116) Ketiak (40) Masalah Najis (12) HFMD (2) Paru - Paru (22) Hidung (12) Hempedu (10) Jahitan (28) Pembedahan (16) Penyusuan (16) Suntikan (14) Darah Putih (16) Bahu (6) Bibir (14) Autisme (4) Asid Folik (16) Pusat (2) Sawan (6) Melecur (2) Badan Berbau (2) Ruam (6) Muka (6) Tuberkulosis (2) Saringan kesihatan (2) Suplemen, Vitamin dan Mineral (2) Vaksin Denggi (52)