Sulit
2 tahun
First test upt dapaf 2 line second dapat 1 line
Sy wanita yg berumur 23an. Kali pertama saya test upt dapat 2 line tapi kabur. Kali kedua saya test upt dapat 1 line. Adakah saya hamil?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
2 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham kemusykilan anda mengenai hal ini. Berdasarkan kenyataan anda, terdapat beberapa sebab yang boleh menyebabkan kit ujian kehamilan menjadi kabur, seperti:
- Cara penggunaan yang salah
- Hormon hCG terlalu rendah untuk dikesan oleh kit ujian tersebut
- Kehamilan kembar: Hormon hCG terlalu tinggi dan tidak dapat dibaca atau dikesan oleh kit ujian
- Kit ujian yang rosak
Haid lewat? Dapatkan kepastian dan tidak perlu tertanya-tanya lagi.
Ini hanyalah keterangan kami secara am mengenai persoalan anda. Kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor supaya pemeriksaan lanjut untuk pengesahan kehamilan. Selain itu, sejarah perubatan dan kitaran haid anda juga perlu diketahui dengan lebih mendalam.
Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih.