
fazrulzahari1997
4 tahun
Flaky Scalp and Itchy
Hi. Saya mengalami masalah kulit kepala, dimana kulit kepala saya teramat kering dan berlakunya ‘flaky scalp’. Saya dah banyak menggunakan shampoo untuk dandruff dan sebagainya tetapi makin banyak yang muncul malah saya juga mengalami kegatalan kulit kepala dimana ada tompok kemerahan dikeliling kulit kepala yang ada flaky scalp. Saya juga ada consume Beprosalic Lotion iaitu ada kandungan bethamethasone yang dibeli di farmasi dan ia berkesan. Tapi saya risau penggunaan ubat ini dalam jangka masa panjang. Boleh saya tahu, penyakit di kepala saya ini diklasifikasikan sebagai dandruff, eczema atau psoriasis?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, untuk mengetahui samada kondisi yang anda alami ini ekzema, psoriasis, kelumumur, alahan dermatitis atau jangkitan kulat (tinea corporis), pemeriksaan lanjut adalah diperlukan. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.