
Sulit
4 tahun
Flat Head Syndrome For Baby
Hi/Salam.Bayi saya berumur 4b26h… Bahaguan belakang kepala bayi saya flat. Bayi tidur tanpa bantal. Adakah flat head ni akan berkekalan?

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk melanjutkan pertanyaan dengan doktor kami diatas talian.
Inginkan penjelasan lebih lanjut daripada pakar? Pediatrician kami sedia membantu.
Pertama sekali, berdasarkan jalan cerita anda, kami tidak dapat merungkai punca sebenar perubahan dan kondisi yang dialami oleh bayi anda. Justeru lebih baik kita tidak melakukan sesuatu tindakan dan keputusan secara melulu sebelum mendapatkan bantuan secara langsung daripada doktor di pusat rawatan yang berdekatan, atau doktor pakar kanak-kanak di hospital pakar.
Untuk pengetahuan anda, keadaan dimana terdapat bahagian kepala bayi yang rata sejak lahir lazimnya akan sembuh ketika umur mereka mencapai enam minggu. Namun, terdapat beberapa kondisi dimana gangguan tersebut berkembang menjadi flat head syndrome atau positional plagiocephaly.
Dalam kebanyakan kes, mempunyai gejala tersebut tidak akan mempengaruhi pertumbuhan otak atau perkembangan mental anak bayi, namun untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang kondisi kesihatan anak anda, atau agar rawatan yang lebih tepat boleh di laksanakan segera, pemeriksaan yang lebih terperinci perlu dilakukan dari pihak kami terlebih dahulu.
Dapatkan penjagaan kesihatan terbaik untuk si manja anda. Klik disini untuk dapatkan bantuan.
Oleh yang demikian kami menasihatkan agar puan mendapat rawatan secara langsung di klinik ataupun hospital secepatnya. Tambahan lagi, anda boleh berhubung dengan doktor kami secara langsung diatas talian menggunakan link yang berikut. (DoctorOnCall). Terima kasih.