
Anonymous
5 tahun
Flu pening loya dan sakit dada
saya wanita berumur 17 tahun dan sekarang saya sedang batuk dan flu. saya nak tanya doc kenapa kepala saya berpusing, belakang mata saya sakit dan saya rasa loya… kadang kadang dada sebelah kanan saya sakit

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, flu dan batuk yang disertai sakit dada boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Jangkitan virus influenza
- Pneumonia
- Pharyngitis - keradangan tekak
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.