
haizamd
5 tahun
Fobia terhadap tingkap
Saya bekerja di hostel . Setiap kali saya nak tutup tingkap , saya akan berpeluh peluh , pening dan nak pitam . Pernah sekali , saya muntah ketika sedang menutup tingkap . Tingkapnya jenis ram kaca . Bagaimana saya mahu mengatasi masalah ini ?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Fobia adalah perasaan takut berlebihan, ekstrem, tidak terkendali, dan tidak masuk akal terhadap suatu objek mahupun situasi yang sebenarnya tidak mengancam atau membahayakan nyawa.
Fobia yang dialami oleh anda dinamakan sebagai acrophobia
Anda perlu belajar bagaimana mengawal diri daripada rasa panik atau gementar. Jika berada di tempat tinggi, tarik nafas perlahan-lahan yang boleh menurunkan degupan jantung dan meningkatkan kadar oksigen untuk menguatkan otot daripada menegang. Jika boleh, lakukan meditasi seperti aromaterapi, mendengar muzik ataupun senaman ringan untuk kurangkan rasa fobia.
Kedua, elakkan diri anda daripada berada di tempat sangat tinggi yang memungkinkan anda mengalami fobia ini.
Anda boleh cuba berjumpa dengan doktor berkaitan sindrom ini dan bagaimana cara mengatasinya. Kemungkinan doktor akan menggunakan teknik desensitisasi untuk mengatasi fobia.
Jika anda mempunyai sebarang keraguan lanjut, sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.