
sdaichi91
5 tahun
Folic Acid untuk kesuburan
Saya ingin bertanya lanjut tentang folic acid apa yang boleh meningkatkan kesuburan wanita untuk mendapatkan cahaya mata? Jenis folic acid yang perlu diambil dan juga apakah jenis supplemen yang perlu diambil bagi meningkatkan tahap kesuburan wanita.
Sekian
Terima Kasih.

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Fungsi asid folik yang diberikan sebelum kehamilan serta semasa kehamilan bukanlah berfungsi untuk meningkatkan kesuburan, akan tetapi untuk mencegah kecacatan pada bayi dalam kandungan serta mengelakkan anemia (kurang sel darah merah) kepada si ibu akibat proses kehamilan yang memerlukan tenaga yang banyak. Asid folik boleh diberikan oleh doktor pada dos yang sedikit tinggi jika si wanita pernah mempunyai sejarah keguguran. Namun begitu, ia tidak berfungsi untuk menghalang keguguran ataupun meningkatkan kesuburan.
Sekiranya anda mengalami kesukaran untuk hamil, anda dan suami anda boleh melakukan pemeriksaan dengan doktor kerana kesukaran untuk hamil boleh terjadi kerana faktor wanita ataupun faktor lelaki. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.