
bintangcever
5 tahun
Folic asid penting ke?
Sya baru nak makan folic asid 5g ni dan berkali 1 hari boleh makan?dan sya sudah berkhwin 8tahun belum mempunyai anak lagi.sya haid selalu datang tapi bila haid selalu sakit perut hingga hulu hati …adakah serius?sya belum pernah jumpa doktor pakar wanita

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, jika anda ingin merancang kehamilan, asid folik adalah pil penting bagi mengelakkan risiko spina bifida pada kandungan. Kondisi ini boleh menyebabkan kecacatan seumur hidup pada anak yang terjejas. Oleh itu, setiap wanita yang ingin merancang kehamilan disarankan untuk mengambil ubat tersebut.
Memandangkan anda sudah 8 tahun berkahwin dan jika anda telah mencuba sepanjang tempoh tersebut, anda disarankan untuk mendapatkan khidmat pakar sakit puan.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.