
Sulit
5 tahun
Folip hidung kerap tersumbat
Ank berusia 7 tahun… setiap mlm terjadi hidung tersumbat penuh. Hampir 5 bln… Telah pergi ENT sbln lps tetapi tiada perubahan ubat yg dimakan.apakah harus sy lakukan doctor

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, anda harus membawa anak anda kembali ke pakar ENT untuk membuat pemeriksaan susulan sebelum kesimpulan tiada perubahan boleh dibuat. Masalah polip adalah perkara yang biasa dalam mereka yang mempunyai masalah sinus. Anda boleh berbincang dengan doktor anak anda tentang rawatan alternatif yang boleh diambil.
Untuk mengetahui punca masalah yang anak anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anak anda hadapi. Terima kasih.