
nadhiahharmain
5 tahun
Food poisoning ketika pregnant
Hi doc.
Saya sedang pregnant 6 bulan. Nk tny sekiranya mengalami food poisoning, boleh ke untuk consume ubat sakit perut & cirit birit? Akan ada effect on baby tak?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, anda dinasihatkan untuk minum air secukupnya bagi mengelakkan komplikasi.
Memandangkan anda sedang hamil, hanya beberapa ubat sahaja yang dibenarkan untuk diambil sekiranya anda cirit-birit.
Namun begitu ubat tersebut biasanya memerlukan preskripsi doktor untuk mendapatkannnya. Oleh itu, sila rujuk masalah anda dengan lebih lanjut untuk mengetahui sama ada anda memerlukan ubat ini atau tidak dan sekiranya perlu anda boleh mendapatkannya dengan preskripsi daripada pihak kami. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi dan ubat yang sesuai. Terima kasih.