
xovercoolx
5 tahun
Frenulum sensitif selepas sunat terlalu sensitif
Selepas sunat zakar saya terlalu sensitif di area frenulum tak sampai 1 minit dah pancut. Apa patut saya buat? masa sunat umur 12 tahun skrg 27 tahun sudah lama.

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, masalah ejakulasi pra-matang ini amat biasa dialami oleh lelaki diseluruh dunia samada yang bersunat ataupun tidak. Antara faktor penyebab masalah ejakulasi pra-matang adalah:
- psikogenik - seperti stress, keresahan, hubungan bermasalah, banyak melihat video lucah
- psikiatrik - penyakit keresahan, kemurungan
- neurogenik - trauma, diabetes, alkohol
- endokrin - masalah tiroid
- arteriogenik - terkait saluran darah seperti darah tingg, merokok, diabetes, kolesterol tinggi dan lain-lain
- masalah organ sekitar seperti prostat dan spinal cord - amat jarang
- kesan samping ubat-ubatan seperti antihipertensi, antidepressan, dan lain-lain
Kebanyakkan kes adalah tidak mempunyai sebab, oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.