
Sulit
3 tahun
Fresh bleeding and spotting pada hari seterusnya
Hai Dr…
Pada usia kandungan saya 5w4d, saya telah mengalami fresh bleeding separuh pantyliner pd waktu petang… Keesokan hari sehingga skrg cuma tinggal kesan coklat cair sikit2 saja… Saya telah buat check up pd masa kejadian, tetapi tidak kelihatan kantung baby lagi pd usia 5 minggu lebih… Jadi soalan saya seperti berikut:
- Adakah normal jika scan pd usia tersebut kebarangkalian utk kantung tidak kelihatan?
- Adakah bahaya jika spotting coklat cair berlarutan sehingga 3 hari atau lebih?

3 tahun
Salam Sejahtera,
Terima kasih kerana mengajukan soalan anda.
Berdasarkan penerangan anda, kami memahami anda mengalami pendarahan pada minggu ke-5 kehamilan. Kami akan cuba membantu anda.
Untuk makluman anda, kantung bayi biasanya boleh dilihat melalui ultrasound dalam minggu kelima kehamilan. Memandangkan usia kandungan anda sudah melebihi 5 minggu dan anda juga memaklumkan bahawa anda mengalami pendarahan, ia boleh bermakna anda mengalami keguguran. Selain keguguran, kehamilan ektopik atau kehamilan molar.
Kami amat menyarankan anda untuk merujuk perkara ini kepada doktor pakar ibu dan anak untuk mendapatkan kepastian mengenai masalah anda. Anda boleh mendapatkan konsultasi peribadi bersama doktor kami secara atas talian.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda.
Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.