
Sulit
3 tahun
Fungsi ubat nitrofurantoin
Apakah ubat nitrofurantoin mampu merawat maslah berkaitan jangkitan kencing

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, Nitrofurantoin digunakan dalam rawatan, sebagai kawalan, pencegahan dan penambahbaikan penyakit, keadaan serta gejala berikut:
- Jangkitan bakteria pundi kencing
- Jangkitan saluran kencing
Namun, ubat tersebut juga mempunyai beberapa kesan sampingan seperti berikut:
- Sakit tulang atau kekejangan
- Tindak balas paru-paru yang teruk
- Radang kelenjar air liur atau pankreas
- Reaksi alahan yang serius
Oleh itu, sebelum mengambil sebarang ubat-ubatan,saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor