elisyavt

4 tahun

Fungus pada kawasan kemaluan. Dan gatal

Rawatan terbaik untuk fungus? Dibahagian kemaluan, dari segi jenis injection dan ubatan?Dan lagi satu, faktor faktor gatal di kemaluan ni selalu terjadi sebab apa ?

Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.

Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.

Untuk makluman anda, sebelum memberikan rawatan, pihak kami perlu mengetahui maklumat lanjut untuk mendapatkan kepastian jika anda sememangnya mengalami jangkitan fungus pada kemaluan. Namun begitu, terdapat pelbagai jenis ubat anti-kulat dalam bentuk tablet atau cream yang diberi berdasarkan jenis kulat.

Para wanita perlu mengambil langkah berikut untuk mengelakkan daripada gatal-gatal kemaluan:

  • Lap bahagian kemaluan dari depan ke belakang untuk menghalang bakteria dari dubur masuk ke dalam vagina, setiap kali selepas buang air di tandas.**
  • Elakkan produk kimia seperti ‘douch’ vagina atau semburan kebersihan wamita, yang boleh mengganggu keseimbangan asid vagina
  • Elakkan daripada produk kebersihan feminin yang berbau wangi (seluar dalam, pad, sabun).

Lelaki haruslah mengikut beberapa cara seperti berikut untuk mengelakkan daripada gatal-gatal kemaluan:

  • Basuh zakar dengan bersih, termasuklah kawasan bawah kulup(foreskin) bagi lelaki yang tidak bersunat.
  • Pastikan kawasan kemaluan kering, kerana kelembapan di kawasan alat kelamin boleh menyebabkan jangkitan.

Kedua-dua lelaki dan wanita harus mengambil langkah-langkah berikut untuk mengelakkan daripada gatal-gatal alat kelamin:

  • Pakai seluar dalam dan pakaian yang longgar dan serat semula jadi. Tukar seluar dalam sekurang-kurangnya setiap 24 jam.
  • Pastikan kawasan kelamin bersih dan kering. Gunakan sabun lembut dan bilas dengan baik.
  • Gunakan pencuci pakaian yang sesuai dengan kulit untuk mencuci seluar dalam.
  • Keringkan kemaluan dengan sempurna selepas mandi dan berenang. Elakkan memakai pakaian yang basah untuk jangka masa yang panjang.
  • Elakkan seks tanpa perlindungan, terutamanya jika anda bimbang bahawa anda atau pasangan anda mungkin mengalami jangkitan.

Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Klik pada link ini (DoctorOnCall) atau (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.

missv

Tahukah anda sistem imun juga memainkan peranan dalam keberkesanan vaksin?

Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!

Forum Kesihatan

Terokai soalan berkaitan kesihatan.
Ejakulasi Pramatang (409) URTI (222) Mati Pucuk (763) Gonorea (146) Kulat di Faraj (293) Sakit Kepala (3143) Sifilis (247) Penyakit Kelamin (2391) Migrain (129) Chlamydia (27) Haid Tidak Teratur (5282) Pil Perancang Kecemasan (1258) Keputihan (1654) Demam (1404) Sesak Nafas (2099) Sakit Tekak (1403) Darah Tinggi (418) Penuaan (16) Keracunan Makanan (43) Badan Gemuk (87) Jerawat (414) Ketuat (150) Tonsil (210) Kurap (104) Kencing Manis (527) Pedih Ulu Hati (204) Herpes (207) Kandidiasis (16) Ekzema (30) Perancangan Keluarga (2550) Kehamilan (4990) HIV (859) Tiroid (420) Kolesterol Tinggi (145) Haid Lewat (4282) Haid Berlebihan (398) Sakit Badan (1493) Kurang Berat Badan (226) Haid Berpanjangan (1856) Kesihatan Am (4078) Insomnia (210) Hipotensi (49) Sinusitis (87) Buasir (523) HPV (93) Kutu (17) Haid Sakit (523) Strok (107) Hepatitis A (9) Hepatitis B (117) Hepatitis C (33) Penyakit Jantung (541) Psoriasis (39) Gallstone (9) Sakit Tumit (165) Cara Berhenti Merokok (104) ENT (2375) Kesihatan Seksual (5517) Sakit Dada (2572) Sakit Mata (880) Ujian Kehamilan (1396) Penyakit Kulit (3772) Najis Abnormal (664) Sakit Perut (3867) Sakit Lutut (402) Masalah Kencing (2283) Sakit Payudara (972) Kesihatan Kanak-Kanak (2437) Kesihatan Mental (2101) Gigi & Gusi (1162) Jangkitan Coronavirus (7011) Fibroid (64) Batuk (940) Sakit Telinga (220) Sakit Pinggang (562) Ubat-Ubatan (1652) Darah Nifas (68) Najis Berdarah (397) Keguguran (371) Selsema (152) Mual & Muntah (451) Kebas (614) Tidak Datang Haid (464) Asid Refluks (74) Gastrik (212) Sakit Belakang (494) Sakit Tulang (454) Sakit Otot (158) Pendarahan Coklat (390) Pendarahan Spotting (502) Lebam (20) Kesihatan Am Wanita (2082) Sakit Mulut (228) Derma Darah (52) Anemia (120) Sembelit (274) Kesihatan Rambut (264) Mulut Berbau (43) Dehidrasi (4) Tidur Berdengkur (23) Masalah Tidur (306) Cirit Birit (216) Masalah Peluh (210) Benjolan Di Kulit (882) Pitam (191) Ulser mulut (68) Selsema burung (8) Wabak bubonic (8) Pelindung muka (16) Kurang Selera Makan (132) Prosedur Perubatan (574) Makanan Tambahan (274) Pening Kepala (532) Trauma (32) Keputusan Siasatan (212) Penerangan Penyakit (525) Alahan (72) Masalah kesuburan (36) Bisul (160) Pencegahan Koronavirus (138) Kahak (248) Masalah Penglihatan (58) Asthma (38) Vitamin dan Nutrisi (231) Masalah Tangan Dan Kaki (1503) Sendawa (112) Masalah Buah Pinggang (150) Vaksin COVID-19 (1490) Ketinggian (56) Kesihatan Lelaki (742) Masalah saraf (56) Hematologi (36) Denyutan Nadi & Kesihatan Jantung (230) Hipoglisemia (2) Kesihatan Kulit (178) Hormon, Endokrin & Metabolisme Tubuh (12) Sakit Sendi (16) Apendiks (4) Penyakit Hati (8) Penerangan Vaksin (30) Resdung (4) Influenza (28) Ketumbuhan (14) Kecederaan (20) Kanser (48) Sakit Leher (116) Darah (116) Ketiak (40) Masalah Najis (12) HFMD (2) Paru - Paru (22) Hidung (12) Hempedu (10) Jahitan (28) Pembedahan (16) Penyusuan (16) Suntikan (14) Darah Putih (16) Bahu (6) Bibir (14) Autisme (4) Asid Folik (16) Pusat (2) Sawan (6) Melecur (2) Badan Berbau (2) Ruam (6) Muka (6) Tuberkulosis (2) Saringan kesihatan (2) Suplemen, Vitamin dan Mineral (2) Vaksin Denggi (50)