
sitiashraf5025
5 tahun
G6PD alahan mkn kcg parang
Pd beberapa hr yg lalu Dr Nursyuhadah binti Zulkifli telah menjawab soalan sy yg sebelum ni. Antara kesan akibat mkn kcg parang kini sy alami. Bdn sy mudah letih sgt, badan sy sakit-sakit bila duduk lama and bila sy berdiri walaupun skejap terasa sakit. Doktor… Perlukah sy pergi ke hospital utk membuat pemeriksaan lebih lanjut atau sy perlu abaikan kesan-kesan yg sy alami itu?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, G6PD adalah kondisi orang yang kekurangan enzim G6PD sehingga apabila makan atau terdedah kepada sesuatu yang dilarang, ia mengakibatkan sel darah merah pesakit tersebut pecah. Sekiranya anda telah terdedah kepada bahan yang boleh menyebabkan sel darah merah pecah, antara gejala yang timbul adalah:
- pucat
- tidak bermaya atau letih
- pening
- degupan jantung yang laju
- sukar bernafas
- sakit dada
- kekuningan mata dan kulit
Memenadangkan anda mengeluhkan beberapa gejala diatas, maka anda dinasihatkan untuk mendapat rawatan di hospital dengan segera. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.