
Sulit
3 tahun
G6PD Apakah boleh vaksin covid 19
Apakah G6PD boleh Vaksin Covid 19. Jika boleh mohon diberi penjelasan dan jika tidak boleh bagaimana mengatasinya? Terima Kasih

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih di atas soalan yang diajukan.
Kami memahami kebimbangan anda mengenai penyakit G6PD dan pengambilan vaksin.
Berdasarkan informasi terkini, vaksin COVID-19 adalah selamat untuk diberikan pada mereka yang memiliki sejarah penyakit G6PD deficiency . Tambahan pula, setiap lapisan masyarakat (termasuk golongan berisiko) sememangnya di galakkan untuk mendapatkan vaksinasi COVID-19 agar kita dapat sama-sama hapuskan rantaian jangkitan COVID-19 atau mencegah dari penyebaran mahupun komplikasi pandemik di negara dan seterusnya dunia.
Walau bagaimanapun, adalah lebih baik anda mendapatkan kepastian selanjutnya dari doktor atau doktor pakar di klinik atau hospital yang berdekatan, serta melaporkan kepada pegawai perubatan di Pusat Pemberian Vaksin anda.
Anda juga boleh menghubungi Pusat Kesiapsiagaan dan Respons Krisis (CPRC) atau JKJAV.
Talian CPRC:
0388810200
+60178429454
cprc@moh.gov.my
info@vaksincovid.gov.my
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini