
Sulit
3 tahun
G6PD & covid vaccine
Saya ada penyakit G6PD. Wajarkah saya untuk mengambil vaksin COVID-19 ? dan Adakah vaksin Covid-19 memberi kesan terhadap saya?

3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan anda.
Kami memahami kebimbangan anda tentang perkara ini. Untuk makluman anda, individu yang kekurangan glukosa-6-fosfat dehidrogenase (G6PD) berisiko mengalami krisis hemolitik setelah terdedah kepada oksidan atau jangkitan. Individu dengan kekurangan G6PD lebih rentan terhadap jangkitan coronavirus. Tindak balas imun yang berubah terhadap jangkitan virus dijumpai pada individu dengan kekurangan G6PD. Bagi pemberian vaksin COVID-19 terhadap penghidap penyakit G6PD, tidak ada kontraindikasi (larangan) yang relevan bagi perkara ini. Namun, sebaiknya, anda merujuk perkara ini secara langsung kepada doktor kerana data kesihatan yang menyeluruh adalah diperlukan sebelum sebarang kesimpulan boleh dibuat.
Anda juga boleh mendapatkan maklumat lanjut berkenaan perkara ini daripada doktor atas talian kami.
Kami berharap jawapan kami dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik pada link ini untuk bercakap dengan doktor.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini