Sulit
3 tahun
G6PD (Glucose-6-phosphate dehydrogenase)
Bolehkah org yg ada G6PD lakukan bekam darah? dan Bolehkah org yg ada G6PD derma darah? Apa kesannya jika tidak boleh?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Hai! Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Kami memahami kebimbangan anda tentang perkara ini. Berdasarkan soalan anda, pesakit G6PD boleh menderma melakukan derma darah jika:
- tidak pernah mengalami masalah hemolisis sel darah merah (sel darah merah pecah)
- tidak pernah dimasukkan ke hospital disebabkan G6PD dan memerlukan transfusi darah. Namun, sel darah merah anda tidak boleh digunakan selepas diderma, hanya platelet dan plasma yang boleh digunakan.
Oleh itu, mengenai bekam darah, ia juga memerlukan pemeriksaan susulan bagi mengelak sebarang komplikasi daripada berlaku.
Namun begitu, jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Jika anda mempunyai keraguan, kami nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan yang lebih tepat. Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi. Terima kasih
Tingkatkan ketahanan sistem imun tubuh dengan mengambil makanan seimbang dan berkhasiat.