
cheee62
4 tahun
Gangguan di Jantung
Apabila saya baring mengiring kanan/kiri saya rasa denyut jantung saya seperti menelan air dan menggangu tidur saya. Saya boleh beraktiviti tanpa masalah sakit dada saya selsema. Kadang kadang ada dn tiada

3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doctor.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara seperti:
- Masalah ritma jantung
- Masalah hormon tiroid
- Masalah anemia (kurang darah)
- Masalah anxiety
- Demam - degupan jantung lebih laju ketika tidak sihat
- Pengambilan minuman berkafein
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan.
Jangan tunggu sehingga sakit menyerang. Jaga jantung anda bermula sekarang.
Anda juga boleh klik pada link di bawah untuk berhubung dengan doktor kami secara PERCUMA bagi nasihat kesihatan jantung. Terima kasih.
Risau tentang jantung anda? Konsult doktor kami secara PERCUMA!
Sakit dada boleh disebabkan oleh masalah jantung. Dapatkan nasihat daripada pakar kardiologi