
Sulit
4 tahun
Gangguan emosi dan mental
Saya wanita berumur 20 tahun. Saya mengalami stress, saya selalu marah dan hilang kawalan. Saya pernah ambil pisau untuk lukakan diri sendiri. Saya susah nak tidur, emosi saya berubah ubah. Kadang saya selalu menangis ketakutan

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang dituju.
Untuk makluman anda, gejala stress boleh dikawali dengan beberapa cara yang kami sarankan anda untuk mencuba seperti:
- Meluahkan masalah kepada orang yang tersayang dan terdekat
- Luangkan masa dengan rakan-rakan dan keluarga
- Amalkan senaman yang sihat dan efektif
- Bina semangat dengan melakukan hobi baru yang diminati.
- Amalkan permakanan yang sihat
- Hadiri kounseling dan pusat rehabilitasi bagi menerima bantuan yang diperlukan.
Kami cadangkan anda dengan penuh semangat untuk menghadiri sesi kounselling serta mendapatkan bantuan daripada pusat rehabilitasi yang terdekat. Sila berhubung dengan pihak berkuasa yang berdekatan sekiranya anda mengalami episod tekanan yang berlebihan sehingga boleh mengancam keselamatan diri dan orang lain.
Anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi atau menghubungi doktor pakar kami atas talian pada link ini (Specialist Booking) bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi.
Terima kasih.