
Sulit
4 tahun
Gangguan Fikiran sewaktu tidur
Saya setiap malam selalu ada masalah memory recall. teringat waktu2 kejadian dulu atau benda yang belum terjadi saya boleh terbayangkan sehingga boleh ganggu waktu tidur dan emosi. lazimnya saya mengamal pengambilan cannabis untuk membantu masalah saya. dan ia menjadi dengan jayanya. saya mampu sekurangnya rehatkan otak dari berfikir. ada insiatif lain untuk saya?

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami memahami keresahan yang dialami oleh pihak anda. Walau bagaimanapun bantuan kami adalah terhad berdasarkan deskripsi yang anda telah sampaikan melalui forum ini.
Ya, berdasarkan penceritaan anda, gejala yang anda alami boleh menjadi salah satu faktor yang menyebabkan gangguan tidur. Insomnia bukan sahaja boleh mengakibatkan sakit kepala, malah kegelisahan yang melampau, gangguan untuk memberi fokus di siang hari serta komplikasi yang lain-lain
Untuk sementara waktu, kami nasihatkan anda untuk:
- cerita keadaan sebenar dengan ahli keluarga
- jauhi dari faktor yang memicu stres / tekanan / kesedihan
- berusaha untuk menjaga sleeping hygiene anda sebaiknya
- meminum air madu atau susu hangat sebelum tidur
- memastikan kondisi tempat tidur selesa, nyaman dan bersih
- memasang audio sleeping music
Dapatkan rehat yang anda perlukan dengan tidur yang berkualiti.
Namun untuk menentukan apakah ubat diperlukan, sesi pertanyaan yang menyeluruh dan (jika diperlukan) pemeriksaan yang komprehensif harus dilakukan terlebih dahulu. Hal ini adalah untuk mendapatkan diagnosis yang lebih baik dan seterusnya memastikan apakah kondisi anda memerlukan rawatan ubat dalam waktu yang terdekat.
Tambahan lagi, anda boleh berhubung dengan doktor kami secara langsung diatas talian menggunakan link yang berikut. (DoctorOnCall). Terima kasih.