
Sulit
4 tahun
Gangguan Mental ker?
saya wanita berusia 35 thn. ibu tunggal, tidak pernah berkahwin saya sering overthinking, cepat terasa marah dan koyak, menangis, rasa tidak mahu bergaul dgn org kadangkala. apabila keluar dari rumah kdgkala saya akan berasa takut. Pernah rasa utk melarikan diri, tapi saya mempunyai 2 org anak yang msih perlukan saya.

4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Kami turut bersimpati dan mengambil serius dengan keadaan yang dialami oleh pihak puan. Namun jangan khuatir kerana anda tidak bersendirian dalam hal ini. Untuk makluman anda. gejala cepat menangis, rasa tidak mahu bergaul, berasa takut dan ingin melarikan diri, merupakan salah satu dari gejala gangguan emosi yang sangat memerlukan bantuan dari ahli keluarga dan tenaga pakar (perubatan).
Anda memerlukan bantuan mengenai masalah peribadi? Doktor pakar psikiatri kami sedia membantu.
Justeru perlu difahamkan bahawa gejala-gejala tersebut boleh dikaitkan dengan kondisi seperti:
- gangguan post partum depression
- gangguan baby blues
- gangguan tekanan selepas trauma (baca: post traumatic stress disorder)
- gangguan penyesuaian diri terhadap situasi atau keadaan yang baru
- gangguan obsesive compulsive disorder
- dll.
Buat masa ini, anda haruslah berbincang dengan ahli keluarga atau kawan terdekat sebagai sokongan emosi. Anda juga boleh berhubung dengan organisasi kesihatan psikologi untuk menjalankan kaunseling jika tidak boleh melawat klinik psikiatri buat masa ini. Kami nasihatkan anda untuk tidak berasa rendah diri dan pendam perasaan runsing anda kerana ia hanya akan menambahterukkan lagi keadaan anda.
Untuk sementara waktu, kami nasihatkan anda untuk:
- cerita keadaan sebenar dengan ahli keluarga yang tercinta atau kawan rapat
- jauhi dari faktor yang memicu stres / tekanan / kesedihan
- jauhi aktiviti yang boleh memudharatkan kesihatan & keselamatan diri atau anak-anak
- mendapat rehat / tidur yang secukupnya
- percepatkan langkah untuk mendapat bantuan khusus dari tenaga kesihatan
Dapatkan rehat yang anda perlukan dengan tidur yang berkualiti.
Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan secara percuma. Terima kasih.