
Sulit
4 tahun
Gangguan penglihatan
F/43, diabetic fr 12 yrs, vision kurang jelas akibat gangguan saraf…sub tv nmpk jelas sejauh 2meter saja…apa ubat/supplement yg dsarankan…

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda alami. Berdasarkan kenyataan anda, gangguan penglihatan tersebut boleh berpunca daripada masalah saraf ataupun komplikasi kencing manis. Berkenaan suplemen atau makanan tambahan, kami tidak dapat mengesyorkan sebarang suplemen kerana maklumat lanjut mengenai masalah kesihatan anda perlu diketahui dan pemeriksaan lanjut oleh doktor juga perlu dilakukan.
Oleh itu, kami sarankan anda berjumpa dengan doktor atau pegawai farmasi untuk bertanya berkenaan persoalan anda kerana anda boleh berbincang dengan mereka secara langsung. Selain itu, kami juga ingin menekankan supaya anda patuh terhadap pengambilan ubat seperti yang diberitahu oleh doktor yang merawat anda untuk mengawal keadaan kencing manis anda.
Ini hanyalah keterangan kami secara am mengenai masalah anda. Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut atau memerlukan pandangan kedua, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi melalui panggilan telefon ataupun panggilan video. Terima kasih.