
Sulit
4 tahun
Gangguan usus atau penyakit lain
Saya lelaki berumur 21 tahun berasa senak pada bahagian abdomen & menyebabkan saya meneran untuk buang angin. Saya tidak mengalami sebarang sembelit sebab saya membuang air besar pada setiap hari. Kadang-kadang bahagian abdomen juga berbunyi seolah-olah seperti lapar. Adakah saya mengalami gangguan usus atau penyakit lain ?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi iaitu sakit pada bahagian abdomen dan berbunyi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Kami faham masalah yang anda alami. Untuk pengetahuan anda, terdapat beberapa sebab mengapa anda mengalami masalah sedemikian, seperti:
- Aktiviti atau pergerakan perut yang aktif
- Hernia
- Usus tersumbat ( intestinal obstruction )
Namun begitu, maklumat diatas hanyalah keterangan am tentang masalah ini. Bagi mendapatkan kepastian secara terperinci mengenai diagnosis penyakit, anda perlu melalui pemeriksaan secara teliti dan menyeluruh. Saya sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor berdekatan bagi mendapatkan keterangan dan pemeriksaan yang sempurna. Anda juga boleh klik di link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi di atas talian untuk mendapatkan maklumat selanjutnya. Terima kasih