Sulit

4 tahun

Ganguan period Selepas Keguguran Anak pertama

Assalamualaikum, saya berumur 30 tahun. Pda 18.2.2021 saya alami keguguran, dan telah pun habis pantang selama 2minggu. dalam masa keguguran itu, doctor ada bagi saya ubat Liz Eurodrug untuk stabilkan hormon saya. saya makan ubat tu selama 31 hari tak silap saya. dan selepas itu pada bulan march ( 5 march) period saya datang selama 8 hari. Tetapi pada bulan april, tidak datang. saya sudah lewat period hampir 19 hari. selama tempoh saya selpas habis pantang, saya bersama dgn suami, selapas period yang datang bulan march. itu pun tidak pancut ke dalam. hanya di luar. Dan bersama pun , tidak kerap, sebab saya tidak mahu ada effect di kemudian hari sehingga saya betul2 menunggu priod datang untuk kali ke 2 atau ke 3. ternyata period sya dtg baru 1 kali selpas keguguran. Apakah yang patut saya lakukan ? adakah patut berjumpa dgn doctor, atau… menunggu period dtg… atau ambil smula ubat hormon ? buat pengetahuan doctor, berat asal saya smasa saya gugur, 66kg…dgn ketinggian 155cm doctor suruh saya turunkn berat bdn jika ingin mengandung smula… Sekarang mmg saya kerap berjoging dn workout… sehingga berat badan saya mencecah 56kg… dan ingin target kepada normal weight. apakah saranan doctor tentang hal saya ? saya sejujurnya tidak stress dn tidak mahu memikirkan soal period. sb saya hanya tumpu kepada, saya nak sihat , saya nak mengadung semula, saya perlu enjoy moment saya dgn aktiviti saya yang skrg.

Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.

Kami faham masalah yang anda alami. Berdasarkan kenyataan anda, terdapat beberapa sebab yang boleh menyebabkan anda mengalami haid yang datang lewat dari waktunya, seperti:

  • Sindrom polisistik ovari atau PCOS
  • Ketidakstabilan hormon
  • Masalah kelenjar tiroid atau pituitari
  • Berat badan: Berat badan berlebihan dapat mengganggu kitaran haid seseorang
  • Umur: Golongan remaja dan wanita perimenopaus seringkali mengalami masalah haid tidak teratur
  • Tekanan emosi atau stres
  • Kehamilan
  • Penggunaan perancangan keluarga seperti pil perancang
  • Penggunaan ubat-ubatan

Tempuhi waktu datang bulan dengan selesa tanpa kebocoran.

Ini hanyalah keterangan kami secara am mengenai masalah anda. Kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor supaya pemeriksaan dapat dilakukan dan rawatan dapat diberikan kepada anda kerana masalah haid yang lewat atau tidak datang memerlukan perhatian oleh anda dan doktor.

Anda juga boleh meneruskan aktiviti yang dinasihatkan oleh doktor anda dan anda juga boleh lakukan beberapa perkara ini sebagai usaha untuk mengembalikan haid anda:

  • Mengamalkan pemakanan yang seimbang
  • Bersenam dan mengamalkan amalan gaya hidup sihat
  • Elakkan dari perkara yang mendatangkan tekanan kepada anda

Anda masih risau tentang masalah gangguan kitaran haid? Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu!

Sebagai maklumat tambahan, kitaran haid seorang wanita yang normal adalah di antara 21 hingga 34 hari dan tempoh aliran atau pendarahan pula di antara 2 hingga ke 7 hari. Anda juga digalakkan untuk merekod kitaran haid anda supaya ia boleh menjadi rujukan anda dan doktor pada masa hadapan.

Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut dan ingin menghubungi atau membuat temu janji bersama doktor pakar sakit puan, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih.

66-700x430

Tahukah anda sistem imun juga memainkan peranan dalam keberkesanan vaksin?

Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!

Forum Kesihatan

Terokai soalan berkaitan kesihatan.
Ejakulasi Pramatang (409) URTI (222) Mati Pucuk (763) Gonorea (146) Kulat di Faraj (293) Sakit Kepala (3143) Sifilis (247) Penyakit Kelamin (2391) Migrain (129) Chlamydia (27) Haid Tidak Teratur (5282) Pil Perancang Kecemasan (1258) Keputihan (1654) Demam (1404) Sesak Nafas (2099) Sakit Tekak (1403) Penuaan (16) Darah Tinggi (418) Keracunan Makanan (43) Badan Gemuk (87) Jerawat (414) Ketuat (150) Tonsil (210) Kurap (104) Kencing Manis (527) Pedih Ulu Hati (204) Herpes (207) Kandidiasis (16) Ekzema (30) Perancangan Keluarga (2550) Kehamilan (4990) HIV (859) Tiroid (420) Kolesterol Tinggi (145) Haid Lewat (4282) Haid Berlebihan (398) Sakit Badan (1493) Kurang Berat Badan (226) Haid Berpanjangan (1856) Kesihatan Am (4078) Insomnia (210) Hipotensi (49) Sinusitis (87) Buasir (523) HPV (93) Kutu (17) Haid Sakit (523) Strok (107) Hepatitis A (9) Hepatitis B (117) Hepatitis C (33) Penyakit Jantung (541) Psoriasis (39) Gallstone (9) Sakit Tumit (165) Cara Berhenti Merokok (104) ENT (2375) Kesihatan Seksual (5517) Sakit Dada (2572) Sakit Mata (880) Ujian Kehamilan (1396) Penyakit Kulit (3772) Najis Abnormal (664) Sakit Perut (3867) Sakit Lutut (402) Masalah Kencing (2283) Sakit Payudara (972) Kesihatan Kanak-Kanak (2437) Kesihatan Mental (2101) Gigi & Gusi (1162) Jangkitan Coronavirus (7011) Fibroid (64) Batuk (940) Sakit Telinga (220) Sakit Pinggang (562) Ubat-Ubatan (1652) Darah Nifas (68) Najis Berdarah (397) Keguguran (371) Selsema (152) Mual & Muntah (451) Kebas (614) Tidak Datang Haid (464) Asid Refluks (74) Gastrik (212) Sakit Belakang (494) Sakit Tulang (454) Sakit Otot (158) Pendarahan Coklat (390) Pendarahan Spotting (502) Lebam (20) Kesihatan Am Wanita (2082) Sakit Mulut (228) Derma Darah (52) Anemia (120) Sembelit (274) Kesihatan Rambut (264) Mulut Berbau (43) Dehidrasi (4) Tidur Berdengkur (23) Masalah Tidur (306) Cirit Birit (216) Masalah Peluh (210) Benjolan Di Kulit (882) Pitam (191) Ulser mulut (68) Selsema burung (8) Wabak bubonic (8) Pelindung muka (16) Kurang Selera Makan (132) Prosedur Perubatan (574) Makanan Tambahan (274) Pening Kepala (532) Trauma (32) Keputusan Siasatan (212) Penerangan Penyakit (525) Alahan (72) Masalah kesuburan (36) Bisul (160) Pencegahan Koronavirus (138) Kahak (248) Masalah Penglihatan (58) Asthma (38) Vitamin dan Nutrisi (231) Masalah Tangan Dan Kaki (1503) Sendawa (112) Masalah Buah Pinggang (150) Vaksin COVID-19 (1490) Ketinggian (56) Kesihatan Lelaki (742) Masalah saraf (56) Hematologi (36) Denyutan Nadi & Kesihatan Jantung (230) Hipoglisemia (2) Kesihatan Kulit (178) Hormon, Endokrin & Metabolisme Tubuh (12) Sakit Sendi (16) Apendiks (4) Penyakit Hati (8) Penerangan Vaksin (30) Resdung (4) Influenza (28) Ketumbuhan (14) Kecederaan (20) Kanser (48) Sakit Leher (116) Darah (116) Ketiak (40) Masalah Najis (12) HFMD (2) Paru - Paru (22) Hidung (12) Hempedu (10) Jahitan (28) Pembedahan (16) Penyusuan (16) Suntikan (14) Darah Putih (16) Bahu (6) Bibir (14) Autisme (4) Asid Folik (16) Pusat (2) Sawan (6) Melecur (2) Badan Berbau (2) Ruam (6) Muka (6) Tuberkulosis (2) Saringan kesihatan (2) Suplemen, Vitamin dan Mineral (2) Vaksin Denggi (52)