
Sulit
3 tahun
Gara memakan pill escapelle
Saya wanita berumur 30an dan telah melakukan hubungan dngan suami tetapi suami buang dalam boleh ka saya mengambil pill escapelle 2 biji serentak ?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham anda risau mengenai terjadinya kehamilan disebabkan anda pernah bersama dengan suami dan merancang untuk mengambil 2 biji pil perancang kecemasan dalam satu masa. Jangan risau kerana kami akan membantu anda.
Untuk pengetahuan anda, pil yang disebutkan oleh anda merupakan pil perancang kecemasan dan ia boleh digunakan untuk mencagah kehamilan. Keberkesanan pil perancang untuk mencegah dengan kehamilan boleh dikekalkan sekiranya diambil dalam tempoh masa 72 jam setelah aktiviti seksual terakhir. Anda tidak digalakkan untuk mengambil melebihi dos yang disarankan disebabkan dos hormonnya yang tinggi.
Kami sarankan anda untuk berhubung dengan doktor kami di atas talian supaya kami dapat membantu anda dengan lebih lanjut. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor kami.