
Sulit
3 tahun
Garam kurang dalam badan
Saya 29 sakit kepala,lemah dan lesu bdn dan kerap kencing

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam Sejahtera,
Terima kasih atas soalan yang diajukan.
Kami memahami anda mengalami gejala sakit kepala, lemah, lesu dan kerap kencing. Kami tidak dapat memberikan diagnosis yang tepat untuk anda kerana kami memerlukan maklumat tambahan bersertakan pemeriksaan dan ujian tambahan untuk mengetahui punca masalah anda. Oleh itu, kami akan menjawab soalan anda secara umum mengenai punca-punca yang boleh menyebabkan masalah anda.
Antaranya :
- Kekurangan tidur
- Dehidrasi
- Kekurangan vitamin dalam badan
- Anemia
- Penyakit kencing manis
- Jangkitan pada saluran air kencing
Kami menyarankan anda untuk merujuk perkara ini kepada doktor supaya anda dapat dibantu dengan lebih lanjut.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda.
Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.