
Sulit
5 tahun
Garis Panduan Yang Benar untuk Test Swab NEGATIVE?
Hi Doc,
Kedua Ibu Bapa saya telah disahkan positif 24/3/2020 . Kami adik beradik telah menjalani Test Swab dan didapati NEGATIVE. Persoalannya , kenapa ada Klinik Kesihatan panggil kami untuk menjalani Rapid Test Antibodi? Menurut klinik kesihatan tersebut, jikalau result rapid test positive, PKD akan mengambil kami semua adik beradik untuk dikuarantine di dalam dewan kuarantine. Saya mahukan penjelasan yang tepat mengenai perkara ini! Kenapa result negative tapi kami perlu kuarantine didalam dewan? Untuk apa surat PERINTAH PENGAWASAN DAN PEMERHATIAN BAGI KONTAK COVID-19 DI BAWAH SEKSYEN 15(1) AKTA PENCEGAHAN DAN PENGAWALAN PENYAKIT BERJANGKIT 1988 [AKTA 342] diberikan kepada kami?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan.
Untuk makluman anda, test swab dilakukan untuk mengesan kehadiran virus tersebut manakala rapid test adalah untuk mengesan antibodi yang terhasil dalam badan setelah jangkitan virus tersebut.
Walaupun keputusan swab menunjukkan negatif tetapi sekiranya rapid test menunjukkan positif, ini bermaksud anda sememangnya dijangkiti oleh virus tersebut. Seperti yang saya terangkan di atas, swab test adalah untuk mengesan virus tersebut. Maka keputusan anda boleh jadi negatif kerana antibodi telah terhasil bagi melawan virus tersebut. Oleh itu, swab test anda negatif pada awalnya.
Oleh hal yang demikian, anda harus dikuarantin kerana anda telah dijangkiti virus tersebut. Tetapi sekiranya, rapid test anda negatif, anda tidak akan dikuarantin.
Anda juga boleh merujuk doktor KKM dengan klik Tanya Doktor Pakar KKM di laman sesawang Kementerian Kesihatan Malaysia (COVID-19 Portal) untuk bertanyakan isu COVID-19 bermula dari jam 8.30 am hingga 5.00 pm.
Selepas jam 5.00 pm hingga 12.00 am, sila ajukan pertanyaan anda di laman sesawang DoctorOnCall pada link ini https://www.doctoroncall.com.my/tanya/
Di kesempatan ini juga saya ingin mengingatkan anda untuk tinggal di rumah seperti yang diarahkan oleh pihak berkuasa dan hanya keluar sekiranya perlu. Dengan kerjasama semua pihak, saya berharap wabak ini dapat dibendung sebelum ianya bertukar menjadi lebih parah. Terima kasih.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini