
Sulit
3 tahun
Garisan C pudar untuk ujian covid19
Hi dr saya ingin bertanya… Kenapa setiap kali saya buat ujian covid 19,garisan C terlalu pudar… Tak seperti orang lain yang warna garisan nya merah terang… Apa sebabnya dr… Tq dr

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, kami memahami soalan anda dan kami akan cuba untuk membantu anda.
a) Keputusan Negatif
Satu garisan merah muncul di bahagian “C” dan tiada garisan merah muncul di bahagian “T”.
(b) Keputusan Positif
Dua garisan merah yang berbeza muncul di bahagian “C” dan “T”.
- Anda perlu mengunjungi fasiliti kesihatan berdekatan anda bagi menjalani ujian RT-PCR untuk pengesahan diagnosis.
- Keputusan ujian juga boleh dilaporkan melalui aplikasi MySejahtera. Anda hanya perlu buka aplikasi MySejahtera > Tekan Helpdesk > Tekan Mula > Pilih pilihan F iaitu “Saya telah disahkan positif Covid-19 dan sedang menunggu untuk dihubungi oleh KKM”.
( c )Keputusan tidak sah
Tiada garisan berwarna muncul, atau garisan merah muncul hanya pada bahagian “T”
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda.
Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini