
xrashera27
5 tahun
Gastik & sakit kepala
Saya mengalami sakit kepala, mild panas badan, perut rasa angin bergelodak, dan sakit ulu hati. Apa yang ada dengan saya sekarang adalah gaviscon, active fast (paracetamol 500mg each)
I need your advice, mana satu makan dahulu. Paracetamol boleh diambil dengan gaviscon?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berkenaan dengan masalah yang anda hadapi, gejala yang anda nyatakan adalah kurang jelas. Terdapat beberapa soalan yang harus kami tanyakan seperti masalah perubatan yang lain, jangka masa demam dan sebagainya bagi mendapatkan maklumat lanjut sebelum kesimpulan tentang masalah yang anda hadapi boleh dibuat.Anda diminta untuk rujuk kepada doktor sebelum mengambil ubat ubatan.
Untuk membuat kesimpulan tentang punca masalah yang anda hadapi dan mendapatkan rawatan yang sesuai, sila rujuk kepada kami secara peribadi melalui atas talian. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami. Terima kasih