
akimpenyui604
5 tahun
Gastrik angin dalam badan
nama sya afiq umur sya 32 sya ad satu penyakit sebelum ni sya tak ad pun penyakit mcm ni…setiap hari lah perut sya tidak selasa angin dalam badan jadi letih lesu kadang2 kepala pening nafas sya pandek perut sya kembung nk tido pun tak selasa klau siang tu amat letih nk tido pun agak sukar lah…adalah penyakit berpunca daripada angin…

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala yang anda alami boleh disebabkan beberapa faktor seperti:
- Asid refluks (gastrik) - hal ini boleh menyebabkan asid naik ke saluran udara dan menyebabkan batuk dan sesak nafas
- Penyakit asma juga boleh menyebabkan gejala serupa
- Penyakit COPD - iaitu paru-paru sempit akibat merokok/vape yang lama
- Penyakit apnea tidur
- Anemia (kurang sel darah merah)
Bagi mengatasi masalah ini, anda boleh melakukan beberapa kaedah sepertI:
- Berhenti makan 3 jam sebelum tidur
- Gunakan bantal lebih ketika tidur
- Tidak makan makanan pedas, berminyak dan susu pada makan malam
- Bersenam bagi mengurangkan berat badan serta bagi meningkatkan kualitit tidur
- Penggunaan ubat/terapi bagi masalah kesihatan yang dihadapi
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.