zainabtaherek
5 tahun
Gastrik atau masalah lain
Saya mempunyai anak perempuan yang berusia 13 tahun. Sudah 1 minggu dia sakit perut.2 hari lalu saya ada bawa dia ke klinik dan doktor cakap anak saya gastrik. Doktor ada bagi ubat tapi walaupun dia dah makan ubat tu masih lagi sakit. Kadang2 terasa panas kadang2 terasa sakit. Kadang2 rasa di atas perut kadang2 terasa di tengah. Apa sebenarnya yang jadi pada anak saya ya doktor?? Gastrik atau ada masalah lain?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, gejala sakit di perut boleh disebabkan beberapa perkara seperti:
- Appendisitis kronik
- Penyakit keradangan pelvik
- Sembelit
- Penyakit keradangan usus
- Keradangan saluran/ pundi kencing - akibat batu karang atau jangkitan kuman
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.






























