
Anonymous
6 tahun
Gastrik Biasa atau Ulser Usus
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Dr.
Saya mengalami sakit perut di bahagian kanan kiri dan tengah. Sakit seakan2 pedih ditusuk apabila makan makanan.
Saya juga diberi ubat zantac dan nexium mups untuk dimakan.
Adakah saya gastrik saya telah menjadi ulser? Jika benar, apakah simptom ulser perut dan usus?

6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda antara gejala ulser perut adalah:
- Sakit perut
- Kurang selera makan
- Penurunan berat badan
- Perut kembung
- Pedih ulu hati
Ulser yang lebih teruk boleh disertai pendarahan dan simptom lain yang boleh didapati ialah:
- Anemia
- Najis berwarna hitam
- Najis berdarah
Untuk mengetahui tahap keseriusan gastrik atau ulser perut anda, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor bertauliah kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.
Sekiranya anda adalah ahli Peduli Sihat, konsulatasi anda dengan doktor kami serta ubat-ubatan anda adalah PERCUMA!