
Sulit
4 tahun
Gastrik dan cirit birit
Saya remaja berumur 16 tahun.saya mengalami gastrik kebelakangan ini.fan sudah pergi ke hospital untuk mengambil ubat tetapi selepas mkn ubat saya rasa perut saya okay sahaja tetapi sering lapar dan saya juga mengalami cirit tetapi bukan cirit yang kerap maksudnya saya tidak sering ke tandas.cirit saya berwarna coklat seperti cirit biasa.boleh saya tau kenapa saya cirit.

4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah cirit birit boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Keracunan makanan
- Jangkitan virus seperti rotavirus
- Kesan sampingan ubat-ubatan
- Alahan kepada makanan
- Radang usus
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor supaya aktiviti harian anda tidak terganggu lagi. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.