
iskandartheteacher
5 tahun
Gastrik dan diabetes
Ibu saya mengalami gastrik teruk.Pernah membuat endoskopik dan terdapat luka di usus.Apabila makan,perut terasa sangat sakit akibat radang di dinding usus.Adakah susu boleh diambil untuk rawatan semulajadi gastrik?Apakah susu yang sesuai untuk pesakit diabetis?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman tuan, ubat untuk gastrik adalah tergantung kepada penyebabnya. Andai kata penyebab yang ditemukan adalah kerana jangkitan kuman H. Pylori, maka pesakit akan diberikan antibiotik untuk membantu membunuh kuman tersebut.
Sehingga hari ini belum ditemukan efek susu dalam menyembuhkan gastrik dan luka usus (ulser), justeru sukar untuk saya membuat kesimpulan tentang susu sebagai rawatan semulajadi bagi masalah ini.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.