zuhairaezani769
4 tahun
Gastrik ketika mengandung
Hai… Saya dapati saya mengandung 6w 1d…saya kerap rasa sebu… Apa ubat patut saya makan ye untuk hilangkan sebu
4 tahun
Selamat Sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Ianya biasa untuk wanita mengandung mengalami simptom simptom seperti di atas. Tekanan ke atas perut oleh uterus juga boleh mebuat simptom reflux lebih teruk. Terdapat beberapa langkah boleh diambil untuk mengurangkan simptom tersebut seperti:
- Elakkan makanan pedas
- Elakkan baring sejurus selepas makan
- Makan dalam kuantiti sedikit tetapi kerap
Sila berbincang dengan doktor untuk mendapatkan untuk penjelasan yang lebih tepat. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara atas talian. Terima kasih