
Sulit
4 tahun
Gastrik migrain nafas pendek dan perut kembung
Saya berumur 48 tahun. Saya pengidap migrain dah bertahun tapi sejak sebulan ni saya kena gastrik. Nafas saya jadi pendek. Apakah punca penyakit saya doktor. Dah berjumpa doktor dan buat ujian jantung semua ok. Ubat gastrik dan macam macam ubat dah makan tapi nafas dan perut terasa kembung masih tak ok

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Untuk makluman anda, masalah yang anda hadapi adalah masalah yang sering dialami oleh masyarakat sewaktu PKP. Kembung perut terjadi apabila saluran gastrointestinal (GI) diisi dengan udara atau gas. Kebanyakan orang menggambarkan kembung sebagai rasa penuh, ketat, atau bengkak di dalam perut. Perut anda mungkin juga terasa keras, dan menyakitkan. Kembung sering disertai oleh :
- kesakitan
- gas berlebihan (kembung perut)
- kerap sendawa atau belching
Masalah kembung boleh disebabkan:
- Masalah penghadaman seperti "lactose intolerance
- Pengambilan makanan tertentu seperti kekacang dan ubi-ubi
- Radang usus
Untuk membuat kesimpulan tentang punca masalah yang anda hadapi dan mendapatkan rawatan yang sesuai, sila rujuk kepada doktor secara peribadi. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami. Terima kasih