
itssofea97
5 tahun
Gastrik / sakit perut yang teramat
Saya remeja berumur 18 tahun, ketika sekolah dahulu saya sering mengalami sakit yang perut yang teramat. Ia sakit pada area pusat dan pada mulanya saya menyangka perut saya kembung tapi apabila search di google saya mengalami gastrik. Sakit perut ini sampaikan saya tidak boleh menyentuh perut saya sendiri sangat sakit. Kemudian bergerak pon tidak boleh akhir sekali saya mengambil langkah untuk membeli gaviscon. Ini sering terjadi apabila sewaktu sekolah makanan di kantin selalu habis pada waktu rehat dan pada waktu petang perut mula rasa sakit. Saya juga makan tidak teratur kerana sibuk . Dan sembuh. Adakah benar ini gastrik?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Terdapat pelbagai sebab untuk kesakitan di bahagian perut. Keracunan makanan dan gastrik merupakan dua sebab penyakit yang menyebabkan sakit perut. Berdasarkan kenyataan anda di atas, terdapat beberapa punca yang menyebabkan sakit perut antaranya termasuk:
• Keracunan makanan – keracunan makanan adalah disebabkan oleh pengambilan makanan yang tercemar.
• Gastrik adalah disebabkan oleh kelebihan acid di dalam perut.
• Radang pankreas atau pancreatitis.
• Jangkitan paru-paru boleh menyebabkan sakit perut yang lebih sakit semasa batuk.
Anda digalakkan untuk berjumpa dengan doktor jika anda risau tentang gejala anda. Doktor akan membuat ujian dan doktor akan memberi nasihat serta rawatan terbaik untuk anda. Jika anda mengalami keracunan makanan, doktor akan memberi ubat sakit perut serta air garam untuk anda.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami. Terima kasih. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami. Terima kasih.